Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun oleh Mahkamah
Sesyen Kuala Lumpur kerana menghentak bayinya yang berusia empat bulan
ke lantai sehingga mengalami pendarahan otak dan koma.Hakim Zaman Mohd Noor menjatuhkan hukuman itu terhadap gelandangan, Mohd
Amri Ismail, 29, selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah
pada hari pertama perbicaraan kes. Mahkamah memerintahkan tertuduh
menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh ditangkap pada 5 November
2017.
Sebelum hukuman dijatuhkan, Zaman berkata, mesej yang jelas perlu
disampaikan kepada masyarakat agar penderaan kanak-kanak tidak menjadi
kes yang berterusan.Berdasarkan pertuduhan, Mohd Amri didakwa cuba membunuh magnsa yang
ketika itu berusia empat bulan sehingga menyebabkan pendarahan dalam
otak akibat dihentak ke lantai di bilik sewa di Lorong Haji Taib, Chow
Kit pada jam 7.30 malam, 4 November 2017.
Mengikut fakta kes, Mohd Amri menjaga anaknya ketika ketiadaan ibu
angkat bayi itu dan sejurus selepas ibu angkatnya pulang ke rumah, Mohd
Amri meminta wanita itu membawa mangsa ke hospital.Hasil siasatan mendapati, bapa angkat mangsa mendakwa melihat Mohd Amri
mencampak mangsa lalu cuba menghalang perbuatan lelaki itu, tetapi tidak
dihiraukan.
Doktor yang memeriksa mangsa dimaklumkan bahawa bayi itu terjatuh.
Pemeriksaan mendapati berlaku pendarahan pada otak bayi yang ketika itu
berada dalam keadaan koma.Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dibaca bersama
Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum
selama 10 tahun dan boleh dikenakan denda dan jika perbuatan itu
menyebabkan cedera kepada seseorang, hendaklah dipenjara boleh sampai 20
tahun.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amirah Sariaty Zainal, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.Terdahulu, tertuduh yang kelihatan bersahaja merayu mahkamah memberikan hukuman ringan kepadanya dari tarikh dia ditangkap.Ketika disoal oleh Zaman, adakah tertuduh sedar dengan perbuatannya itu
boleh menyebabkan mangsa meninggal dunia, dia menjawab "Saya sedar. Saya
menyesal buat anak saya begitu", katanya.
Amirah memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang sewajarnya terhadap
tertuduh dengan mengambil kira keadaan mangsa yang tidak sedarkan diri
ketika dibawa ke hospital.
"Jika bayi itu terlambat dikejarkan ke hospital, ia boleh menyebabkan
kematian. Ini adalah kesalahan serius dan sepatutnya sebagai bapa,
tertuduh perlu menjaga anak kandungnya dengan baik. Ketika ini terlalu
banyak kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak berlaku."Di harap hukuman terhadap tertuduh dapat memberikan mesej kepada
masyarakat supaya tidak bersikap sambil lewa terhadap anak-anak,"
katanya.


0 Response to "Bapa sengaja hentak bayi 4 bulan ke lantai, dipenjara 10 tahun"
Post a Comment