Seorang murid lelaki didenda menjilat mangkuk tandas sebanyak 12 kali
kerana tidak membawa kerja sekolah yang diberi oleh gurunya, Tribun Medan.Kejadian itu berlaku di Sekolah Sergei Begedai di Cempedak Lobang,
Sumatera Utara. menyebabkan mangsa mengalami muntah teruk dan fobia
dengan insiden itu.
Selepas mengetahui insiden itu, bapa mangsa membuat aduan di sekolah tanaknya tetapi guru berkenaan hanya digantung tugas. Anak saya disuruh menjilat mangkuk tandas sebanyak 12 kali. Selepas empat kali berbuat demikian, dia muntah," kata ibu mangsa."Suami saya kemudian membuat aduan di sekolah dan berjumpa dengan guru
terbabit. Saya marah dan sedih dengan apa yang berlaku, bukankah ada
cara lain untuk menghukum?" katanya.
Menurut ibunya, mereka faham jika anak mereka didenda untuk mencuci
tandas, tetapi guru terbabit mendenda anaknya menjilat mangkuk tandas,
itu sudah melampaui batasanPengetua sekolah berkenaan, Joni Walker Manik mengesahkan kejadian itu
berlaku di sekolahnya dan guru terbabit telah dikenakan tindakan dan
dipindahkan ke sekolah lain.
"Berdasarkan siasatan, guru terbabit mendenda mangsa kerana tidak
menyiapkan kerja sekolah yang diberi. Kami telah mengantung tugasnya
sementaranya sebelum dipindah ke sekolah lain di Tebing Tinggi."Guru terbabit juga adalah manusia yang tidak lari dari melakukan
kesilapan. Tetapi kami bukan mempertahankan tindakannya. Kami memberi
kaunseling dan gantung tugas di atas tindakannya itu," kata Manik.


0 Response to "Gagal siapkan kerja sekolah, murid didenda jilat mangkuk tandas "
Post a Comment