Seorang remaja perempuan dirogol empat lelaki yang dikenali secara
bergilir-gilir di Bandar Seri Putra, Kajang, dalam kejadian 8 Mac lalu,
lapor Harian Metro.Ibu mangsa hanya mengetahui kejadian yang menimpa anaknya itu selepas
terbaca mesej dalam aplikasi WhatsApp dalam telefon bimbit anaknya itu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff
berkata, ibu mangsa telah membuat laporan mengenai kejadian itu di Ibu
Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada jam 3.29 petang, Rabu lalu.Berdasarkan laporan tersebut, mangsa dirogol secara bergilir-gilir oleh
empat orang lelaki yang dikenali dan bertindak di atas laporan itu,
polis telah menahan empat suspek pada hari yang sama untuk membantu
siasatan.
Ekoran itu, empat suspek berusia antara 14 hingga 21 tahun direman
selama enam hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 375 (b) Kanun
Keseksaan
"Berdasarkan laporan dibuat, mangsa, 15, memaklumkan dirogol
bergilir-gilir oleh empat lelaki dikenali di Bandar Seri Putra, Kajang
pada 8 Mac lalu."Hasil siasatan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang, kami
menahan empat suspek di sebuah pangsapuri di Bangi pada 9 malam hari
sama bagi membantu siasatan. Tiga daripada suspek adalah rakan sekolah
mangsa,” katanya.
Dalam kejadian jam 10 malam 8 Mac, mangsa dipercayai telah dirogol
secara bergilir-gilir oleh empat suspek di sebuah pangsapuri ketika
mangsa melepak bersama mereka.Hasil pemeriksaan doktor juga mendapati, terdapat kesan koyakan lama pada kemaluang mangsa.


0 Response to "Remaja perempuan dirogol 4 lelaki bergilir-gilir "
Post a Comment