Ramai memuji kecantikan Fasha namun mereka menegur bahagian dada beliau yang sedikit terdedah. Dalam beberapa gambar yang dikongsi, mata netizen nampaknya lebih tertumpu kepada dada yang ditonjolkan.Bagaimanapun menerusi komen yang ditinggalkan, ramai yang mencerca dengan kata-kata kesat dan kasar berbanding menasihati secara lembut. Sehingga mencetuskan perbahalan dikalangan peminat.
Lebih hebat lagi, ada di kalangan mereka menganggap aksi berahi Fasha itu untuk menggoda suami orang. Jauh sungguh pemikiran mereka ini, mungkin masih trauma dengan kejadian kebelakangan ini mengenai poligami.
Tidak salah untuk menegur kesilapan seseorang tapi biarlah kena dengan caranya. Tidak perlulah sampai memaki hamun dan melemparkan kata-kata kesat. Pun begitu Fasha tidak melatah dan membiarkan ruangan komen terbuka. (rtky/w)



0 Response to "Tayang Lurah Nak Goda Suami Orang Ke"
Post a Comment