Katanya lagi, jika boleh dia mahu sentiasa berada di samping keluarganya namun disebabkan tanggungjawab sebagai seorang bapa dia harus bekerja demi mencari rezeki.
“Maryam nak g amik injection dah nk masuk 3 bulan dah umur dia.Tersentuh pula hati MH selepas membaca luahan hati Fizo ini, betapa besarnya pengorbanan ibu dan bapa untuk membesarkan zuriatnya. Terpaksa bersengkang mata bekerja mencari rezeki bagi mendapatkan sesuap nasi untuk keluarga tercinta.
“Ksiannya tgk muka dia sedih daddy xdpt teman nk g jmpe doktor.daddy work la syg kat Perlis ni.
“Ikutkan hati nak bersama family all da time,tapi tanggungjawab sbgai bapa kene berkerja mencari rezeki.
“Pengorbanan ibu plak byk kene sacrifice juga stay at home jaga dan besarkan anak.satu combination yg cukup unik masing2 berkorbanan demi anak.
“Semoga anak Wan Maryam ini membesar dgn sihat dan jadi anak yg solehah,usahawan dan pemimpin di masa depan.
“Kepuasan pengorbanan sebagai ibubapa dalam mencari rezeki,bukanlah semata mata melihat kpd berapa banyak harta yg dapat dikumpul,tetapi berapa banyak manfaat yg dapat diberikan kpd orang lain.
“Insyallah hasilnya mungkin bkan utk dinikmati sekarang ini,tapi mungkin utk anak2 saya,keluarga dan generasi bangsa kita seterusnya,” tulis Fizo pada ruang kapsyen.
Apapun MH doakan agar puteri comel Fizo ini membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah. Semoga keluarga mereka sentiasa diberkati ALLAH SWT dan bahagia hingga ke syurga.
Sumber: Instagram Fizo Omar


0 Response to "'Kesiannya Tengok Muka Dia, Sedih Daddy' - Fizo Omar Luah Rasa Terkilan"
Post a Comment