Selesai sudah majlis persandingan terakhir Fattzura kelmarin, tiba-tiba dunia hiburan dikejutkan dengan berita
Sherry Ibrahim menyelar tindakan perunding perkahwinan terkenal,
Rekateemor mengaitkan namanya dengan perkahwinan pasangan tersebut di media sosial.
Seperti sedia maklum, selain Neelofa,
Sherry juga pernah bercinta dengan Fattah Amin namun hubungan itu tidak
kesampaian. Menerusi posting itu, Rekateemor bertanya kepada Sherry,
adakah beliau sudah melihat perkahwinan Fattzura.Tanpa usul periksa, Sherry terus berang dan memuat naik status
menyelar tindakan perunding perkahwinan no.1 Malaysia itu dan menganggap
tindakan mengaitkan namanya sebagai biadap. Malah Sherry turut meminta
pihak Rekateemor membuat permohonan maaf.
Namun hasil penyiasatan kami, pendapat Sherry itu tidak disokong
ramai. Ramai beranggapan Sherry terlalu mengikut emosi dengan menyelar
pihak perunding perkahwinan itu tanpa cuba menyelesaikan dengan cara
baik dahulu.Manakala, di akaun Instagram Rekateemor pula, pihaknya menjelaskan
bahawa akaun media sosial mereka telah digodam oleh pihak tidak
bertanggungjawab, sekaligus menabur fitnah kepada Sherry. Ramai memuji
tindakan perunding perkahwinan itu yang profesional.
Buat masa ini Sherry masih berdiam diri dengan penjelasan yang dibuat
oleh pihak Rekateemor. Harapnya hal ini dapat diselesaikan dengan cara
baik, mungkin selepas ini lebih berfikiran positif kerana segala hal
boleh ditanya terlebih dahulu sebelum menyerang melulu.
(rtky/w)
0 Response to "Sherry Ibrahim Berang Nama Dikaitkan Dengan Fattzura "
Post a Comment