Video yang dimuat naik oleh Kee Lim sejak 16 Mac lalu menunjukkan lebih kurang enam remaja lelaki berbasikal di tengah jalan.Difahamkan, kejadian itu berlaku di Jalan Kebun, Kampung Jawa Klang, Selangor.
Dalam video kedua, empat daripadanya membuat aksi superman di lorong
kiri sebelum masuk ke lorong kanan menyebabkan sebuah kereta terpaksa
memperlahankan kenderaannya kerana bimbang terlanggar kumpulan
berkenaan.Sementara itu dalam kejadian berasingan, tujuh kanak-kanak dan remaja
lelaki berusia antara 10 hingga 15 tahun ditahan kerana berlumba
menuruni bukit menggunakan basikal lajak di Jalan Titi Serong, Balik
Pulau, malam semalam, lapor Harian Metro.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan berkata,
pihaknya menerima aduan dari orang awam mengenai sekumpulan basikal
lajak yang sedang berlumba menuruni bukit di jalan berkenaan pada jam 11
malam.Lima anggota trafik kemudian dikerahkan ke lokasi dan menemui kumpulan remaja berkenaan yang sedang berlumba.
"Semua mereka ditahan dan dibawa ke IPD Barat Daya sebelum saman
dikeluarkan ke atas mereka mengikut Peraturan 42(3) LN 166/59
Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1956."Mereka dibebaskan pagi ini dan polis akan terus memantau kegiatan kumpulan basikal lajak dari semasa ke semasa," katanya.
Di media sosial, netizen meluahkan rasa kesal dengan tindakan sekumpulan
remaja terbabit yang dilihat langsung tidak menitik beratkan
keselamatan diri. Malah netizen turut menunding jari terhadap ibu bapa
mereka yang tidak mengawasi anak-anak mereka.


0 Response to "'Tak sayang nyawa ke dik?' - Sekumpulan remaja main basikal lajak di tengah jalan "
Post a Comment